Salam Sayang Semua... Cepat sungguh masa berlalu sedar tak sedar kita sudah masuk hari ketiga dalam bulan Januari 2012. Agaknya apalah Azam tahun baru ni? Cik Sakura masih dengan Azam tahun sebelumnya kerana azam tahun lepas tidak mencapai sasaran. Apa nak buat, Allah belum izinkan. Kita redha ajelah, ahak3...
Menu ape ek hari ini? Cik Sakura nak masak yang senang-senang ajer hari ini. Maklumlah, bila masuk hari bekerja tentunya tidak sempat untuk menyiapkan menu-menu luar biasa. Untuk hidangan hari ini kita masak Brokoli dengan Leek yang ditumis bersama Oyster sos yang sangat senang dan ringkas. Yoklah, kita ke ramuannya dulu...

Seperti gambar di atas, kita memerlukan Brokoli, Leek, Cili Merah, Bawang Putih, Daging, Lada Hitam, Sos Tiram dan Garam Secukup rasa. Kalau ada udang lagi sedap. Tapi hari ini tiada rezeki Cik Sakura untuk mendapatkan udang kerana ketiga-tiga kedai runcit kat sini kehabisan udang. Gunakanlah ape yang ada ajerrrr
CARA MENYEDIAKANNYA
Rebus daging hingga empuk, ketepikan dulu. Bersihkan sayuran dan potong sayur seperti dalam gambar juga ketepikan dulu. Kemudian mayang bawang putih dan cili merah. Panaskan sedikit minyak (olive oil) minyak biasa pun boleh, tumis bawang putih, cili merah dan lada hitam hingga naik bau. Masukkan batang leek dulu dan tumis lagi. Masukkan daging dan air rebusannya diikuti dengan 2 sudu oyster sos. Akhir sekali masukkan sayuran lain dan garam secukup rasa. Biarkan seketika dan matikan api. Hidangkan..

No comments:
Post a Comment