Pages

Sila Klick

Monday, January 23, 2012

PASAR KARAT BATU PAHAT



Salam Sayang Semua...

Pertama sekali Cik Sakura nak ucapkan Gong Xi Fa Chai kepada semua sahabat yang berbangsa Tiong Hwa dan seluruh rakyat Malaysia yang menyambutnya pada hari ini. Semoga hari-hari anda seterusnya akan lebih baik dari sebelumnya...

Bersempena cuti Tahun Baru Cina ni Cik Sakura mengambil kesempatan pulang ke Kampung halamam iaitu Desa Tercinta di Kampung Baru Mukim 7, Parit Yaani Yong Peng, Johor. Walaupun kepulangan kali ini tidak meriah berbanding dengan kepulangan sebelumnya kerna Bonda kesayangan Cik Sakura dari awal-awal lagi telah bercuti ke Endau Mersing, namun kehadiran Ayahnda menemankan di sisi sangat menceriakan.

Kebiasaan rutinnya saban pagi tidak dilakukan seperti biasa. Walaupun kami seringkali bertengkar dik kerana perbezaan pendapat dan citarasa namun hari ini kami menjadi sahabat yang paling rapat. Dan sebenarnya di antara kami berdua banyak persamaanya...

Hari ini kami berkesempatan sarapan bersama-sama Gerai Tepi Parit kat area Tongkah Pecah bagi memulakan sessi lawatan ke Bandar Batu Pahat dengan tujuan mencari menu Makan Tengahari. Selesai Sarapan kami terus menelusuri Jalan Batu Pahat - Yong Peng yang agak lengang hari ini menuju ke destinasi seterusnya iaitu PASAR KARAT Jalan Fatimah Batu Pahat.Rata-rata peniaga bukanlah anak jati Batu Pahat sebaliknya mereka berasal dari Rengit dengan berdagang di sini.

Lihatlah beberapa keping gambar yang sempat Cik Sakura snap tengahari tadi ketika para peniaga sedang leka berniaga dan ada juga yang sedang berkemas untuk pulang memandangkan waktu Cik Sakura sampai tadi operasi perniaggan sudah hampir tutup. Dan yang paling bestnya Cik Sakura dapat beli pinggan mangkuk bundle kat dalam gambar di atas dengan arga RM15.00 semuanya...



No comments:

Post a Comment