Pages

Sila Klick

Wednesday, January 4, 2012

MEE GORENG MAMAK

Salam Sayang Semua...

Hidangan Mee Goreng Mamak kat atas tu khas buat housemate Cik Sakura iaitu Fadhilah dan Liza. Hari ini menu makan malam kami berasaskan mee. Asyik makan nasi hari-hari jemu jugak ek.. sesekali tukar hidangan ok jugak.

Nak nengok ramuan yang digunakan untuk membuat Mee Goreng Mamak ni? Kalau nak, nengokler kat bawah ni:-

Ramuannya
Mee Kuning (agak-agak untuk sepinggan)
3 Ulas Bawang Putih diketuk
7 biji Cili Padi juga diketuk
Daging dan Air rebusannya
3 Ekor Udang Basah
3 Batang Sawi
Segenggam Taugeh
1 Sudu Makan Sos Cili
2 Sudu Makan Kicap Masin
1 Sudu Makan Bumbu Rahsia Sakura
Sebijik Telur

***Bumbu Rahsia Cik Sakura
Cili Kering + Bawang Merah+Bawang Putih+Udang Geragau+Udang basah hendaklah diblend hancur. Kemudian tumis hingga garing. Simpan dalam peti sejuk boleh digunakan untuk membuat Mee Goreng, Bihun Goreng, Kuew Tiow Goreng dan Mee Bandung

Cara Menyediakannya
Tumis Bawang Putih dan Cili padi hingga naik bau. Masukkan 1 sudu makan Bumbu Rahsia Cik Sakura kacau rata. Masukkan Udang Basah, Daging dan Air Rebusanya biarkan mendidih sekejap. Masukkan Kicap, Sos Cili dan pecahkan sebijik telur. Kemudian masukkan Mee Kuning ke dalamnya. Masak dengan api yang besar sehingga kuah menjadi pekat dan seterusnya kering bersama mee tadi. Akhir Sekali masukkan sayur-sayuran. Kacau jangan sampai mee menjadi putus nanti kene tolak markah...kwang3. Padamkan api dan hidangkan...

panggil ila dan Liza suruh diaorang makan...

ahakkkk

babaiiii





No comments:

Post a Comment