Pages

Sila Klick

Friday, February 10, 2012

Malaysia, Italy, US dan Spain



Salam Sayang Semua...

Hari Jumaat yang sangat menceriakan. Cik Sakura selesai menghadiri Taklimat Petugas SPR kat Stadium Tertutup Pasir Gudang hari ini. Alhamdulilah, banyak input untuk dipraktikkan masa hari mengundi sebenar nanti. Mudah-mudahan segala urusan dipermudahkan olehNya nanti, insyaAllah.

Yang sebenonya Cik Sakura nak citer pasal carta kat atas tu. Nengokla kat atas tu, tak sangke eak ada jugak orang Italy, US dan Spain datang menjenguk Blog Cik Sakura. Chewahhhhhh...cam bangga lah jugak. Perasan la Cik Sakura ni...ahakssss. Haaaa.. berita yang paling best skali hari ini buat pertama kalinya SBL menerima follower baru iaitu NOAKE dari blog Pranzo alle otto . Agaknya dari Italy kot.. Walaupun mempunyai perbezaan bahasa dan confirm memang Cik Sakura tak paham nak baca blog dia tapi itu merupakan satu penghargaan yang amat besar terhadap SBL kerana sekurang-kurangnya kami mempunyai hobi dan kecenderungan yang sama terhadap masakan dan makanan. Thanks, Pranzo alle otto...

Mungkin ada yang cakap Cik Sakura tu excited lebey...Saje jer nak tayang, bukannya ape sebagai pembakar semangat untuk terus berblog pada masa akan datang. Mudah-mudahan apa yang Cik Sakura buat ini berfaedah kepada semua pembaca dan pemfollow...

No comments:

Post a Comment