Pages

Sila Klick

Sunday, June 26, 2011

TAUHU SUMBAT

Bila hujung minggu jer, mulalah tekak ni rasa nak makan itulah inilah..,Macam-macam ada dalam fikiran. Sebenonya dari minggu lepas lagi Tekak Cik Sakura ni terasa nak makan Tauhu Sumbat. Kengkawan kat opis tu ada jugak plan nak buat tauhu sumpat tapi hampehhhh...plan tak menjadi. Masing-masing berpaling tadah. Jadi.... Cik Sakura pun buatlah sendiri kat rumah. Jom kengkawan tengok cik Sakura menyediakan TAuhu sumbat ni:-


ANTARA RAMUAN MENYEDIAKAN TAUHU SUMBAT

Tauhu hendaklah digoreng hingga garing terlebih dahulu





Kacang tanah pun kene goroeng dulu pastu dikisar halus




Lada kering dan bawang merah jugak digoreng dulu. Oppssss...belacan lupalah plak nak diambil gambarnya. Walaubagaimanapun belacan jangan lupe taruk ek. Tapi belacannya harus dibakar terlebih dulu (ermmmmm sedap betul bau belacan bakar)




Tumbuk lada kering, belacan dan bawang merah tadi hingga luma a.k.a hancur. Kalau nak pedas lagi campurkan dengan cili api mengikut kusukaan anda semua.




Campurkan ramuan yang telah ditumbuk bersama kacang tanah yang telah dikisar halus bersama gula garam, asam jawa dan sedikit air masak. Seimbangkan rasannya




Treng...teng...teng dah siappun kuah kacangnya




Timun dan taugeh




Timun dibuang bijiknya dan dipotong panjang manakala taugeh dicelur




Tauhu jangan lupa digoreng plak pastu dipotong bentuk segitiga. Belah ditengahnya kemudaian sumbatkan dengan timun dan taugeh tadi dan ulang sehingga tauhu habis disumbat





Inilah dia hasilnya Tauhu sumbat tadi. Alamak terpedas lah pulak..

No comments:

Post a Comment