Pages

Sila Klick

Monday, January 20, 2014

MERINDUKAN KUNDASANG DAN KINABALUNYA


KUNDASANG yang berlatarbelakangkan GUNUNG KINABALU

Salam Sayang Semua...

Cuaca dingan akhir-akhir ini mengingatkan Cik Sakura kepada KUNDANSANG. Bayu dinginnya yang menghembus menyapa kami saat berkunjung ke KINABALU. Panorama yang seakan memukau mata memandang ketika memasuki Taman Negara Kinabalu menjadi igauan mimpi indah yang seringkali dirindui setiap pengunjungnya. Tidak ketinggalan, saat ini rindu bertamu di KUNDASANG dan KINABALU semakin memuncak. Semoga satu hari nanti kesempatan akan sudi menjemput Cik Sakura kembali ke Pekan KUNDASANG seperti kisah 2 tahun lalu. Jom ikut Cik Sakura mengimbau kembali kenangan berkunjung ke KOTA KINABALU yang mana fokus lawatan adalah KUNDASANG DAN GUNUNG KINABALU. 

KUNDASANG merupakan pekan kecil yang hampir dengan Gunung Kinabalu. Terletak hanya 6KM dari Taman Negara Kinabalu. Faktor cuacanya yang segar dan pemandanganya yang cantik menggamit pengunjung bertandang ke sini. Pertanian merupakan sumber pendapatan utama kepada penduduk disini. Tidak hairanlah KUNDASANG menjadi pusat membeli belah sayur-sayuran yang sangat terkenal di daerah ini manakala pelancongan merupakan sumber kedua terpenting bagi penduduk KUNDASANG. Mejoriti penduduk KUNDASANG adalah terdiri daripada suku kaum Kadazan Dusun, Sungai, Bajau, Melayu dan Cina namun terdapat juga sebilangan dari pendatang Indonesia yang terdiri daripada Bugis, Tator, Timor dan Jawa yang mana telah menjadi sebahagian kecil daripada penyumbang bagi menggerakkan ekonomi di sekitar KUNDASANG khususnya dalam sektor Pertanian. Untuk pengetahuan pembaca, walaupun KUDASANG hanyalah sebuah pekan kecil namun terdapat pelbagai kemudahan penginapan seperti hotel, motel, chalet dan homestay bagi pelancong yang bekunjung ke sini. Info ini Cik Sakura perolehi dari encik Wikipedia.

     



Segar dari ladang

gila sekejap tengok sayur-sayuran kat sini. segarnye




KAMPUNG NEW ZELAND

Ketika sampai di perkampungan New Zeland, jam sudah menunjukkan 5.00ptg ini bererti waktu lawatan sudah habis. Alhamdulilah, penjaga di pintu pagar memberikan kelonggaran kepada kami untuk masuk sekejap bagi menikmati keindahan kampung ini yang dikatakan sinonim dengan New Zeland.

Nyata, khabar yang didengar dari mulut ke mulut adalah benar belaka. Ketika berada di sini Cik Sakura seakan terpegun seketika kerana suasana perkampungan persis New Zeland seperti yang digamabarkan dalam iklan dalam TV yang memaparkan lembu-lembu New Zeland sewaktu zaman kanak-kanak dahulu. Kesempatan ini menjadi kenang-kenangan hingga hari ini.  


 
Masa ni sang awan sudah mula membaluti KINABALU



macam kat New Zeland kan? Sebab tu nama tempat ni KG NEW ZELAND



WAJAH-WAJAH  PERIBUMI KK

wafi






SEPETANG DI DAERAH RANAU

tak ingat ape nama kampung ni, tapi sungainya sungguh bersih
orang sabah memang menjaga alam sekitar
kalah orang semenanjung

Bayangkan jika kita mandi disebatang sungai, kemudian datang ikan-ikan yang jinak bermain-main mengerumuni kita seolah-olah ingin barsahabat dengan perilakunya yang sangat ramah. Inilah situasi yang Cik Sakura lalui saat bermain di sungai ini sambil menikmati terapi ikan. Macam rasa tak nak balik...Sungainya pulak tu bersih gilerrrr. Memang terbaik.


TEH SABAH



Keindahan awan yang sukar digambarkan dengan kata-kata. biarkan gambar berbicara





KOLAM AIR PANAS
HOT SPRING




RUMAH TERBALIK




segala yang ada di sini semuanya diterbalikan






No comments:

Post a Comment