Pages

Sila Klick

Sunday, January 5, 2014

NASI SERAI DENGAN SAMBAL TUMIS KERANG




Salam Sayang Semua...

Jeng...Jeng...Jeng... Menu Pertama 2014 ialah NASI SERAI DENGAN SAMBAL TUMIS KERANG yang macam dlm gambar kat atas tu. Tetiba laa plak tekak ni terasa nak makan nasi serai dari serai yang ditanam sendiri....cewahhhh. Kebetulan masih ada stok kerang kat dalam peti sejuk tu. Apa kata kita kombainkan keduanya menjadi satu menu yang boleh dimakan bersama sebagai sarapan pagi.

Nak ker resepinya??? sebabnya sebelum ni Cik Sakura dah pernah share tapi, kalau nak jugak jom semak senarai kat bawah ni:-

NASI

2 Cawan Beras Basmathi
3 Cawan Air

TUMISAN
Tiga Serangkai ( Kayu Manis, Buah Pelaga, Bunga Lawang)
2 biji Bawang merah dimayang
3 batang Serai diketuk
sedikit minyak utk menumis
Garam secukup rasa

Cara Menyediakannya:-

Basuh bersih beras kemudian rendamkan 20minit dengan 3 cawan air tadi pastu ketepikan.Sementara itu, tumiskan rempah tumisan hingga kekuningan dan naik  bau wanginya. Setelah itu, masukkan beras yang telah direndam tadi dengan airnya sekali beserta dgn sedikit garam. Masak hingga tanak.

SAMBAL TUMIS KERANG

20 tangkai Cili  Kering diblend
5 ulas Bawang Merah diblend
1/2" Belacan diblend
Sebiji bawang bawang besar dimayang
500g kerang
Asam keping/Air Asam Jawa
Garam secukupnya
***Gula / Serbuk perasa (kalau taknak pun boleh)

Cara Menyediakannya:-

Blend cili kering dan bawang hingga hancur. Panaskan minyak dalam kuali kemudian tumiskan bersama bawang besar yang dimayang hingga garing. Masukkan kerang kacau kejap. Masukkan air asam jawa, gula, serbuk perasa kemudian imbangi rasa masam, masin dan manisnya. Taraaa...sambal kerang pun sudah siap dan bole dimakan bersama nasi serai. Boleh juga dimakan bersama dengan telur rebus, timun dan ikan goreng sebagai pelengkap dan menu sampingan.

Selamat mencuba resepi Cik Sakura ni...

daaaaa... babai semua.


No comments:

Post a Comment