Pages

Sila Klick

Friday, March 22, 2013

NASI AMBENG ORANG JAWA



Salam Sayang Semua...

Lama betul tidak menikmati hidangan NASI AMBENG yang original. Kalau dapat, teringin sangat nak makan NASI AMBENG yang dapat dari ayah balik kenduri kat kampung Cik Sakura. Wahhhhhh....sedapnya makan nasi yang telah didoakan oleh orang ramai. Itulah bezanya NASI AMBENG ORIGINAL dengan NASI AMBENG yang ada kat pasaran sekarang. Kalau kat Kampung Cik Sakura NASI AMBENG ORIGINAL percuma boleh didapati apabila dah nak dekat bulan puasa sebabnya ramai penduduk kampung mengambil giliran membuat kenduri menyambut kehadiran ramadhan. Selain itu, NASI AMBENG boleh juga didapati di kampung Cik Sakura bila ada kenduri YASINAN, MELENGGANG PERUT, BROKOHAN, KENDURI ARWAH dan MAJLIS POTONG JAMBUL.

Apabila bermastautin di Johor Bahru, sudah pasti agak sukar mendapat kesempatan menikmati hidangan NASI AMBENG ORIGINAL. Ini kerana penduduk di sini jarang-jarang sekali membuat kenduri di rumah. Kalau adapun mereka lebih gemar membuat kenduri di masjid-masjid kerana lebih ringkas katanya. Itulah perbezaan bila kita duduk di kampung dan juga di bandar. Walaubagaimanapun, di sini NASI AMBENG  masih boleh didapati di gerai-gerai sarapan pagi. 

Rindu yang bertandang untuk menikmati NASI AMBENG telah memaksa Cik Sakura menyediakan hidangan ini. Tetamu hari itu ialah ROZANA PANDAK sahabat karibku ketika di opis lama. Dia yang kini mengandung 6bulan telah Cik Sakura jemput bagi menikmati menu kebanggan orang jawa ini bersama-sama...

tu diaaa.. siap bungkus lagi. Walaupun tidak dibacakan dengan doa, aksesori nasi ambang kekal terpelihara dengan kehadiran Ayam Masak Kicap menu kebiasaan di kampung Cik Sakura.

AKSESORI NASI AMBENG TERDIRI DARIPADA

Nasi Putih
Mee Goreng
Sambal Gpreng Jawa
Serungding Kelapa
Ayam Masak Kicap
Ikan Masin

SEDIKIT INFO ISTLAH ORANG JAWA

Majlis Melenggang Perut bermaksud Kenduri doa selamat yang diadakan ketika kandungan berusia 7 bulan. Masyarakat dahulu kala biasanya akan melenggangkan perut ibu yang mengandung dengan 7 helai kaian batik namun ritual ini tidak lagi releven untuk dilaksanakan sekarang kerana ia merupakan amalan kurafat orang dulu-dulu.

Majlis BROKOHAN bermaksud kenduri doa selamat  bagi menyambut kelahiran bayi. Bagi sesetengah keluarga yang berkemampuan boleh juga dilaksankan akikah sekali pada waktu ini. AKSESORI NASI AMBENG biasanya akan bertambah dengan kehadiran URAP PUCUK UBI sebagai kelainan pada kenduri ini.

YASINAN bermaksud majlis kenduri yang diambil bergilir-gilir oleh kaum wanita dengan mengadakan bacaan tahlil dan yaasin. Biasanya NASI AMBENG menjadi menu pilihan.




No comments:

Post a Comment