Pages

Sila Klick

Sunday, May 29, 2011

Botok-Botok Ikan

Pagi ni Cik Sakura terasa nak berjogging. Maklumlah setelah berat badan semakin meningkat naik ni, jaranglah hendak bersenam. Mana tidaknya kalau dah masak kenelah makan, kalau tidak siapa yang nak makan, lagipun kalau tak dimakan kan ke membazir namanya. Kalau dah membazir tak ke kawan syaitan tu namanya. Dalam pada berjoging tu, Cik Sakura ternampak ada bayak betul pokok-pokok ulam yang tumbuh melata di kawasan perumahan tempat Cik Sakura duduk. Ada juga sesetengah pokok ulam kat sini ditanam oleh penduduk tetap Taman Sri Amar, Maka terdetiklah di dalam hati untuk memetiknya dan dijadikan hidangan makan tengahari. Untuk memetiknya haruslah minta izin dulu. Alhamdulilah dapat jugak mintak dengan tuan punya pokok ulam ni. Ermmmmm....ada satu pokok ulam tu Cik Sakura tak mintak izin dengan tuannya sebab rumahnya nampak macam takde orang.Inilah di antara pokok-pokok ulam yang Cik Sakura Cakap kan tu...



Pucuk Berbus





Pucuk Kaduk





Pucuk Ubi





Pucuk Semangkuk





Pucuk Mengkudu




Ramuan untuk Rempah

2 Paket Serbuk Kari Babas
7biji Bawang Merah (Kecil)
3biji Bawang Putih
2batang Serai
10biji Cili Api (Kalau tak nak pedas kurangkan sedikit)
1"Halia
1/2" Lengkuas

***Kisar bahan di atas hingga Halus kemudian tumis hingga garing, kemudian masukkan bahan-bahan dibawah dan masak hingga menjadi pekat dan kering***


1biji Kelapa (jadikan 2cawan santan)
1biji Kelapa (jadikan kerisik)
3helai Daun Kunyit (Dimayang halus)

BERIKUT ADALAH CARA-CARA MEMBUNGKUS BOTOK-BOTOK







Selamat Mencuba

No comments:

Post a Comment