Pages

Sila Klick

Monday, May 23, 2011

Mee Bandung Batu Pahat

Ini satu lagi koleksi resepi masakan hasil ciptaan Cik Sakura, MEE BANDUNG BATU PAHAT. Biasanya Mee Bandung terkenal dengan daerah Muar tapi yang ini edisi Batu Pahat sebab pembuatnya berasal dari Batu Pahat, sapa lagi kalau bukan CIK SAKURA....

Resepi Mee Bandung ni tak lah susah mana, cuma kita perlu seimbangkan rasa masam manis masin dan pedasnya. Kekuatan rasa Mee Bandung terletak pada kuahnya. Jagan terlalu pekat nanti muak bila dimakan. Berikut adalah resepi Mee Bandung Cik Sakura, selamat mencuba...

Ramuannya
1 bungkus Mee Kuning
10 ekor udang sederhana besar
3 ekor sotong sederhana besar
500g tulang lembu direbus dijadikan stok
2 keping tahu digoreng dan dipotong
4 biji telur
5 batang sawi hijau
1/4 labu kobis
1 batang carrot

Bahan-bahan untuk Kuah
500g kacang tanah digoreng dan dikisar halus
2 hingga 3 sudu tepung jagung
10 tangkai cili kering
7 biji cili kampung
5 ekor udang Basah
200g udang geragau
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
1" halia
Sedikit sos cili dan tomato
garam dan gula secukunya

CARA MEMBUATNYA
Kisar kesemua bahan untuk kuah dan tumis hingga garing. Masukkan air rebusan tulang masak hingga mendidih kemudian masukkan Udang, sotong, kacang tanah dan bancuhan tepung jagung untuk memkatkan kuah. Seimbangkan rasa masam masin manis. Kecilkan api dan pecahkan telur ke dalam kuah tunggu sehingga telur masak. Akhir sekali masukkan sayur-sayuran. Angakat dan hidangkan bersama tauhu yang telah dipotong dan taburan bawang goreng.



1 comment:

  1. tq sbb berkunjung ke blog sy. Nanti sy tgk blog awak lak ek..

    ReplyDelete