Pages

Sila Klick

Tuesday, May 31, 2011

HIDANGAN PAGI RAYA

Assalamualaikum sume...

Hari ini Cik Sakura nak kongsi dengan kengkawan bebrapa koleksi resepi hasil dari air tangan Cik Sakura sendiri. Makanan ni semuanya di masak masa ari raya Aidiladha tahun lepas. Bila bukak balik album ternampak lah plak gambar-gambar masakan ni, tu yang baru nak upload. Tak kisah ler bila makanan ni dibuat, cuma Cik Sakura nak kongsi dengan kengkawan semua. Jom kite tengok, sape yang kene.....



Nasi Empat ni dibuat khas oleh mak cik Sakura yang tersayang. Ermmmm....resepi nya tak yah lah tanya ek sbb Cik Sakura sendiri memang tak berapa pandai dalam pembuatannya. Entahler belum pulak ada rasa nak belaja macam mana cara nasi empet ni dibuat. Biasanya kalau Cik Sakura nak makan nasi empet ni Cik Sakura request jer ngan mak, nanti dia pasti buatkan. Thanks mom.. Yang ni pun cik Sakura amik dari rumah mak kat kampung. Apa yang Cik Sakura tau nasi empet ni dibuat dalam plastik. Untuk zaman sekarang ni plastik dah tak sesuai dalam penyediaan makanan dan dikatakan tidak selamat untuk di makan.




Yang ini namanya kuah kacang atau biasa jugak dipanggil sambal kacang. Untuk membuat sambal kacang ni Cik Sakura sangatlah terror. Siapa yang makan sambal kacang Cik Sakura ni confirm mesti nak lagi. Bukanlah nak puji diri sendiri tapi memang kenyataan pun. Rumitlah jugak pembuatan sambal kacang ni. Mana taknya kacang kene goreng dulu pastu kene blend lah pulak. Lada kering pulak kene asingkan bijiknya pastu kene rebus dulu sebelum dikisar bersama dengan bawang dan ramuan lain. Untuk mendapatkan santan yang pekat pulak, kelapa harus di blend dulu pastu baru boleh perah santannya. Bila semua bahan telah dimasukkan kenelah pulak masak sampai dia naik minyak, ha...barulah kuah kacang tu nampak cantik dan sedap. Ishhh...kan ker leceh tu. Nak ker resepinya? Bawang Merah, bawang putih, lada kering, ketumbar dan jintalan hendaklah di kisar halus. Panaskan minyak, ketuk serai sebatang tumis bersama dengan bahan yang dikisar tadi hingga garing. Kemudian masukkan santan dan kacang tanah. Masak sampai naik minyak. Gula, garam dan asam jawa kene seimbang tau. Menu ni makan dengan satey pun sedap...terangkatt



Kalau nasi empet dah ada, kuah kacang pun dah ada janganlah dilupakan pulak Sambal Gorengnya. Hidangan ini biasanya adalah pakej lengkap untuk hari raya. Kalau takde macam tak lengkaplah raya taun tu. Sambal Goreng adalah masakan wajib orang jawa yang biasa dihidangkan di pagi raya dan di makan bersama nasi empet dan kuah kacang. Resepi takyah share kot...sebab rata-rata orang johor tahu macam mana nak buat sambal goreng ni. Walaubagaimanapun, Cik Sakura tidak keberatan untuk berkogsi resepi dengan kengkawan semua. Bawang merah bawang putih lada besar dimayang halus. Ikan bilis ditumbuk bersama dengan sedikit cili api untuk mendapatkan rasa lemak dan pedas. Kemudian tumis ramuan tersebut sehingga garing bersama dengan beberapa ekor udang basah. Tauhu dan tempe serta kentang digoreng terlebih dahulu. Sayur-sayuran seperti kacang panjang kobis dan lobak merah dipotong macam dalam gambar di sebelah. Sambal goreng Cik sakura ni ada ditambah dengan sedikit santan pekat, barulah kick. Soohun dan tauhu kering jangan lupa ek... toksah bubuh gula tapi garam mesti bubuh.



Resepi rendang daging ni diperoleh dari mak sedara Cik Sakura yang berketurunan minang. Rendang Daging yang ni paling senang. Masukkan semua ramuan pastu dimasak sehingga daging empuk dan kuahya menjadi kering sedikit. Pastu boleh terus makan. Sedap betul air tangan mak sedara Cik Sakuara. Tapi bila Cik Sakura buat sendiri pun bole taha sedap jugak. Untuk membuat rendang kita perlukan daging, cili kering, cili api, lengkuas, serai bawang putih, bawang merah ketumbar, jintan dan halia. Kisar kesemua ramuan di atas melainkan daging. Perah kelapa untuk mendapatkan santan. Masukkan bahan kisar, daging dan santan ke dalam periuk kemudian masak sehingga daging empuk. Bagi sesiapa yang biasanya menumis rempah boleh juga ditumis terlebih dahulu. Ababila hampir kering masukkan kerisik dan hirisan daun kunyit. Masak lagi sehingga kering mengikut citarasa masing-masing samaada hendak kering atau basah. Garam dan asam jawa jangan lupa. Gula bagi yag suka bolehlah bubuh.



Satu lagi hidangan wajib orang-orang jawa ialah AYAM MASAK KICAP. Ayam mesti kene goreng dulu. Bahan untuk menumis adalah seperti bawang merah, bawang putih, halia cili api untuk pedas, dan sedikit lada itam hendaklah ditumbuk ya bukan diblend. Mayang bawang besar dan panaskan minyak kemudian tumis bahan tadi bersama dengan kayu manis, bunga lawang, cengkin dan buah pelaga. Apabila garing masukkan kicap biarkan mendidih sekejap pastu masukkan santan asam jawa dan garam. Sapa yang suka manis masukkan gula. Masak hingga kuah menjadi pekat dan naik minyak. Agak-agak sama tak resepi Cik sakura dengan resepi kengkawan semua? Tak kisahlah, walau berbeza sekalipun asalkan masak kena ikhlas barulah hasilnya sedap..




Lengkaplah sudah hidangan hari raya




1 comment: