Salam Sayang Semua...
Setiap kali hujung minggu pasti semua orang sudah ada agenda masing-masing. Ada yang balik kampung ada yang bekerja dan ada jugak yang cuma duduk kat rumah bergelimpangan contohnya macam Cik Sakura. Tapi hujung minggu kali ini awal-awal lagi Cik Sakura dah ada planning nak buat NASI KERABU ("jgn marah org kelantan yek sbb mencedok resepi negeri Cik Siti Wan Kembang"). So, xderlah bosan sangat duk kat umah sbb ada aktiviti kan? Pencarian ramuan untuk menyiapkan nasi kerabu bermula jam 9.30pg. Walaupun agak lewat alhamdulilah semua ramuan dapat dibeli di kedai Zahri (Maimon mini market) kat Kampung Bendahara.Tepat jam 10.00pg Cik Sakura mula beraksi di dapur. Jom kita tengok macam mana Cik Sakura menyediakan NASI KERABU mengikut citarasa dia sendiri...
Ini adalah gambar bunga TELANG iaitu bunga yang dipertanggungjawabkan untuk mewarnakan NASI KERABU tanpa menggunakan sebarang pewarna tambahan yg sudah pasti mempunyai bahan-bahan yg mungkin membahayakan kesihatan kita. Penggunaan bunga ini adalah yang terbaik untuk mewarnakan nasi kerabu selain dari menggunakan kunyit. Cik Sakura memilih warna biru untuk NASI KERABU tengahari ini selain dapat membangkitkan selera untuk menikmati makan tengahari. Tekniknya mudah sahaja iaitu dengan merendamkan bunga ini di dalam air beberapi minit sebelum meramaskan bunga tersebut. Rona warna biru seperti nila akan kelihatan seperti gambar di bawah ini.
Gunakan air perahan bunga ini untuk memasak nasi
Mengikut kebiasaan orang-orang Pantai Timur, NASI KERABU biasanya dimakan bersama Solok Lada, Daging Bakar, Ayam Percik, Budu dan Telur Masin tetapi bagi Cik Sakura penduduk Selatan tanahair (Johor, jawa lagi) Cukuplah sekadar menikmati NASI KERABU dengan Gulai tak kiralah Gulai apapun. Untuk tengahari ni, Cik Skura memilih untuk menikmati NASI KERABU dengan Gulai Ikan Sardin, nampak agak pelik kan?... Kalau nak tahu sedap atau tak sedap Gulai Ikan Sardin ni, kenelah cuba, betul tak PN NAJWA BINTI HARUN?. Jomlah, kita terus dengan membuat GULAI IKAN SARDIN.....
Ini adalah diantara ramuan untuk meyediakan Gulai Ikan Sardin. Tumbuk kesemua bahan di atas selain daripada kayu manis, bunga lawang, buah pelaga dan bunga cengkih.
Kemudian, tumiskan bahan yang ditumbuk tadi bersama serai yang dititik sehingga naik bau dan kekuningan kemudian.........
Masukkan pes kari dan tumis hingga garing. Lepas tu masukkan santan masak dengan api sederhana kemudian masukkan ubi kentang dan masak sampai empuk. Apabila ubi kentang empuk barulah kita boleh masukkan ikan sardin dan masak dengan api sederhana kecil.
Apabila sayuran sudah dimasukkan jangan masak terlalu lama nanti sayuran akan jadi lodoh iaitu dalam bahasa inggerisnya (over cook)
Inilah dia wajah Gulai Ikan Sardin Cik Sakura
Siap sudah Gulai Sadin mari kita menyediakan Sayur-sayuran dan serunding ikan untuk dijadikan kerabunya. Antara sayuran yang digunakan ialah Kacant Panjang, Taugeh, Daun Kesum, Kobis dan Bunga Kantan. Untuk ikan pula hari ini Cik Sakura gunakan anak Ikan Tongkol ( juga dikenali sebagai ikan aye bg org2 Pantai Timur). Bagi yang tidak gemarkan Ikan Tongkol boleh jugak gunakan ikan mengikut citarasa masing-masing. Jangan berlengah lagi mari kita tengok langkah seterusnya:-
Antara ramuan untuk menyediakan Serunding Ikan ialah isi ikan yang telah direbus terlebih dahulu, kelapa parut, serai, lengkuas, bawang merah, bawang putih dan Cili api. kemudian, Sangan atau goreng tanpa minyak kelapa parut sehingga warna kekuningngan dan pastikan tidak hangus. Gunakan api kecil sahaja
Dari kiri Cik Timun, Cik Kesum, Cik Kobis, Cik Kantan, Cik Kacang dan Cik Taugeh
hendaklah dimayang halus....
hendaklah dimayang halus....
kemudian gaulkan semua sekali hingga MESRA
inilah dia NASI KERABU SAKURA
inilah dia NASI KERABU SAKURA
Ermmmmm...bukan penat memasak tapi penat memblog sbb byk sgt gambo, dekat sejam gak baru siap. Oklah kengkawan sampai di sini dulu yek untuk entry kali ini. Cik Sakura nak tido jap petang karang macam nak pegi rumah PN SURYANY nak ziarah dia yang baru kematian ibunya. Semoga roh ibunya dicucuri Rahmat, al-fatihah...
babai semua.
babai semua.
No comments:
Post a Comment