Pages

Sila Klick

Monday, July 25, 2011

PEPES IKAN

Salam Sayang Semua....

Seperti yang kita sedia maklum negeri JOHOR terkenal dengan kepelbagaian masakan yang mewakili pelbagai lapisan masyarakat yang terdiri dari pelbagai keturunan di antaranya Orang Jawa, Orang Banjar, Orang Bugis, Orang Boyan, Orang Melayu dan bayak lagi orang (huhuhuhu). Kewujudan pelbagai keturunan semestinya mewujudkan pelbagai tradisi dan adat resam yang kadangkala juga tanapa disedari telah mewujudkan pertembungan budaya. Walaubagaimanapun melalui pertembungan budaya inilah maka wujud pelbagai aneka bentuk hidangan dan masakan yang rata-ratanya digemari oleh segenap lapisan masyarakat Negeri Johor. Sebagai contoh, Nasi Ambeng terkenal di daerah Batu Pahat di mana ilham penciptaan Nasi Ambeng ini dimonopoli oleh masyarakat JAWA. Walaubagaimanapun Nasi Ambeng ini sangat terkenal di daerah JOHOR BAHRU di mana kebayakkan masyarakatnya adalah Orang Melayu. Resepi Orang Jawa telah diadaptasi oleh Orang Melayu cuma perbezaannya di daerah Batu Pahat, Nasi Ambeng hanya boleh didapati ketika orang mengadakan Kenduri Doa Selamat atau bacaan Yasin manakala di daerah Johor Bahru Nasi Ambeng boleh didapati pada pagi hari dan dijadikan menu sarapan pagi yang boleh didapati di gerai-gerai (yg sedap ada dijual di Gerai Aruah Pak Ali kat KG. BENDHARA) . Sebenarnya Nasi Ambeng bukanlah tajuk utama yang Cik Sakura nak ceritakan sebaliknya menu yang ingin Cik Sakura kongsikan dengan kengkawan hari ini ialah PEPES IKAN atau juga dikenali sebagai OTAK-OTAK IKAN oleh segelintir masyarakat di negeri Johor.

Gambar yang sempat Cik Sakura potretkan di atas namanya PEPES IKAN yang Cik Sakura beli di kedai dan bukanlah yang Cik Sakura buat sendiri. Entah kenapalah sejak dari hari Ahad lagi Cik Sakura telah dilanda PENYAKIT M (malas) untuk ke dapur. Jadi untuk dua hari ini Cik Sakura tidak masak sebaliknya hanya membeli makanan di luar dan di tapau balik ke rumah (huhuhuhu). Dalam pada leka mentapau makanan Cik Sakura terbau aroma yang enak dari bungkusan daun pisang yang aapabila dihampiri ia adalah PEPES IKAN. Apa lagi, terus belilah...Sedap betul rasa PEPES IKAN ni. Cik Sakura tau jugak macam mana nak menghasilkan PEPES IKAN ni. Nak tau macam mana, jom salin resepi ni:-

Bold
RAMUANNYA
1 ekor Ikan Tenggiri sederhana besar
5tangkai Cili kering (Kalau nak pedas tambah lg)
2 ulas Bawang Putih
5 ulas Bawang Merah
3 biji Buah Keras
Sebijik Telur
Garam Secukup Rasa
beberapa helai Daun selasih
Daun Pisang untuk membungkus

CARA MENYEDIAKANNYA
Asingkan isi ikan dengan tulangnya. Tumbuk bawang putih, bawang merah, Cili kering dan buah keras hingga hancur kemudian tumiskan hingga garing. Campurkan ramuan yang ditumis bersama isi ikan kemudian masukkan sebijik telur. Sesuaikan rasa masinnya. Potong daun pisang berbentuk empat segi dan bungkus adunan isi ikan tadi bersama dengan sehelai daun selasih. Ulangi proses ini sehingga selesai. Bakar di atas api yang kecil.Angkat dan hidangkan.

Amacam, senang tak?

Selamat mencuba.


1 comment: