Pages

Sila Klick

Wednesday, August 3, 2011

BEEF STEW




Salam Sayang semua...

Bertemu sekali lagi dalam episod kali ini ya puan-puan. Bersempena Ramadhan AlMubarak yang dah masuk hari ke tiga, Cik Sakura berhajat nak masak makanan untuk berbuka pose petang ni. Ermmmmm....nampak sedap dan meyelerakan(cissss perasan) Inilah dia BEEF STEW ciptaan Cik Sakura di makan bersama dengan ROTI PERANCIS yang disapu dengan GARLIC BUTTER. Alhamdulilah, semuanya menjadi seperti yang dirancangkan. Cuma, tetiba jiran Cik Sakura yang duduk kat ujung tu membawakan BUBUR LAMBUK KG MELAYU yang boleh tahan sedap jugak. Tanpa berlengah lagi jom kita masuk ke dapur untuk menyiapkan hidangan tersebut...


BEEF STEW

Rebus daging sampai empuk.Jagan dibuang airnya kerana airnya akan digunakan untuk kuah...



Antara sayur-sayuran yang digunakan seperti carrot, kentang dan batang sadri...



Tumbukkan bawang merah, bawang putih, halia dan lada hitam....




Tumiskan ramuan yang ditumbuk tadi bersama dengan rempah layang (kayu manis, bunga cengkih, bunga lawang dan buah pelaga) sehingga garing...



Sementara menunggu tumisan bawang tadi menjadi garing bancuh 2 sudu makan tepung gandum dengan air kemudian kacaukan jangan sampai bergentel...



Pastu, masukkan bancuhan tepung tadi ke dalam tumisan bawang dengan menambahkan air rebusan daging kemudian kacau rata. Jangan lupa ya puan-puan, masukkan daging kemudaianmasak sampai daging empuk....



Lepas ni barulah boleh masukkan Mr Carrot dan Mr potato. Masak sampai kedua-duanya empuk. Last sekali, masukkan batang saderi. Jangan lupa ek, masukkan garam secukup rasa....



Inilah dia Beef Stew yang sempat Cik Sakura masak tuk berbuka puasa petang ini. Sayang seribu kali sayang batang saderi telah terover cook sbb tu lah jd hancur. Walaubagaimanapun, xderlah terkulat-kulat nak telan batang saderi tu...



BUBUR LAMBUK KAMPUNG MELAYU

Resepi Bubur Lambuk Kg. Melayu ni menyamai dengan resepi BUBUR AYAM Cik Sakura. Tapi buat masa ni tekak Cik Sakura belum teringin atau mengidam nak makan bubur Ayam. Untuk resepinya tunggulah ek kengkawan... InsyaAllah nanti jika ada kesempatan memang Cik Sakura nak share resepi ni denga you all semua.

Cik Sakua nak mengambil kesempatan mengucapakan Selamat berpose kepada semua...
Mudah-mudahan puasa kita di terima oleh Allah..
Amin...

No comments:

Post a Comment