Pages

Sila Klick

Sunday, December 11, 2011

NASI SERAI DENGAN KERUTUP DAGING

Salam sayang semua...

Lewat jendela kamar, Cik Sakura perhatikan ada awan biru bertompok-tompok yang sangat cantik menghiasi langit pagi di kawasan Taman Sri Amar tempat Cik Sakura tinggal. Seketika Cik Sakura berlalu, entah dari mana tetiba hadir awan hitam menerjah si awan biru tadi lalu suasana pagi bertukar menjadi gelap. Sepertinya sang hujan akan bertandang. Tapi harus diingat, "mendung tidak bererti hujan" Tapi pagi ini perasan cik Sakura seakan-akan seperti cuaca pagi ini..."Ahhhh..kenapa perasaan ini datang lagi, bencinya...

Wakakakaaa... sesekali jiwang ok jugak eak. Takkan lah asyik nak serius ajer, itu namanya tak normal. Biasalah perasaan begini kepada kita yang bergelar insan. Jadi untuk menghilangkan perasan ini Cik Sakura nak beraksi di dapur. Yuk, kita ke dapur Sakura sambil layan perasaan...

Pagi ini Cik Sakura nak masak Nasi Serai dengan Kerutup Daging. Rempah kerutup ini Cik Sakura perolehi dari Najwa kawan Cik Sakura. Aroma rempah ini telah mencuri hati Cik Sakura apabila pertama kali merasa keenakan masakan menggunakan rempah kerutuk yang berasal dari negeri Cik siti Wan Kembang ni. Kat bawah ni serba sedikit langkah penyediaan Nasi Serai.







Ramuanya
2 cawan beras dibasuh
3 batang Serai dititek
3 ulas bawang kecil dimayang
2 ulas bawang putih dimayang
Kayu manis, buah pelaga, cengkih dan bunga lawang
sedikit garam dan minyak untuk menumis

Cara Menyediakannya
Tumis Kesemua ramuan di atas hingga naik bau
Masukkan ke dalam beras y
ang telah dicuci
Masuukkan air dan garam secukup rasa
Tanak nasi hingga masak
siap untuk dihidang



Ramuan untuk Kerutup Daging
1/2 kilo daging dipotong nipis dan direbus separuh empuk
1 peket rempah kerutup kelantan
3 ulas bawang merah
2 ulas bawang putih
7 tangkai cili padi kalau nak pedas tambah lagi
1 batang serai dititek dan 1" halia
2 sudu makan kerisik
1 cawan santan pekat
minyak untuk menumis
sedikit gula melaka

Cara Menyediakannya
Tumiskan bawang merah, bawang putih, halia, cili padi, serai dan rempah kerutup hingga garing kemudian masukkan santan dan daging masak sekejap. Masukkan kerisik dan gula melaka. Sesuaikan rasa masin dan manisnya kemudian masak hingga kuah menjadi sedikit pekat atau mengikut selera masing-masing
taraaaa... dah siap dan boleh dimakan

Selamat mencuba...

babaiiiii kengkawan...



No comments:

Post a Comment