Pages

Sila Klick

Thursday, December 15, 2011

LEMAK BAYAM DENGAN KELEDEK

Salam sayang semua...

Pagi khamis yang sangat menceriakan, cuaca yang sangat baik tidak seperti hari-hari terdahulu yang selalu dibaluti dengan awan mendung sejak akhir-akhir ini. Awal pagi lagi Cik Sakura sudah bangun untuk bersiap sedia ke tempat kerja. Selesai menunaikan solat subuh pagi tadi entah kenapa tetiba rasa malas datang bertandang lagi. Cam malas jer nak pergi kerja. Cik Sakura merebahkan tubuh di dada katil sambil cuba menangkis rasa malas ini. Tetapi semakin ditangkis semakin malas jadinya. Ermmmmmm.... kompom aku tak keje ari ini. Sambung tido lah

Oleh kerana tidak bekerja hari ini, seharian Cik Sakura habiskan dengan melayari internet di rumah. Hari ini nak buat blogwalking. Saje nak nengok blog orang. Walking punya walking terjumpa blok "dapur tanpa sempadan" Cantiknya gambar makanan dalam blog dia sampai tak perasan jam dah pukul 3.00 petang. Patutupun perut cam dah berkeroncong ajer. Tapi, dah tak smpat kot rasanya nak makan tengahari. Makan malam aje lah. Agaknya menu apa ea...

Penat memikirkan menu apa untuk makan malam hari ini. Entah macam mana tetiba Cik Sakura ternampak 2 bijik ubi keledek tersaedai kat bawah singki. Sebelum ubi keledek ni tumbuh menjalar kat dalam rumah Cik Sakura lebih baik dimasak, sekurang-kurangnya bolehlah dijadikan lauk, betul tak? Tapi menu apa ea... Haaaaaa, masak lemak dengan sayur bayam bole kottt. Nak cubalah...


Ramuanya adalah:-
Bawang merah, bawang putih, ikan bilis, santan, ubi keledek, sayur bayam dan garam secukupnya.

Cara Menyediakannya:-
Basuh dan bersihkan ubi keledek kemudian rebus hingga empuk. Basuh dan bersihkan sayur bayam jugak.Tumbuk lumat bawang merah, bawang putih dan ikan bilis. Masukkan ke dalam santan dan didihkan. Kacau santan agar tidak pecah minyak. Masukkan keledek yang telah direbus dan diikuti dengan sayur bayam. Sesuaikan rasa masinnya dan biarkan sebentar. Siap untuk dihidang



"Sambal belacan pertamaku." Percaya atau tidak, ini adalah sambal belacan dari air tangan Cik Sakura yang pertama kalinya. Sebelum ini Cik Sakura tidak pandai membuat sambal belacan dan tidak pernah sekalipun membuatnya sendiri tetapi hari ini Cik Sakura beranikan diri dengan mencuba. Alhamdulillah jadi la kengkawan. Wauuu.... bau belcan ni lekat kat tangan sampai malam. Kejap-kejap cium tangan, kejap-kejap cium tangan, power betul belacan ni la....

BON APPETIT

Inilah menu makan malam Cik Sakura bersama dengan Cik Liza. Alhamdulilah rezeki kurniaan Allah, dapatlah Cik Sakura dan Cik Liza menjamu selera malam ini. Walaupun lauk simple2 tapi berselera kami berdua menikmat makan malam.

Jemput makan semua...


hrgggggg kenyang, alhamdulilah...

babaiiii


No comments:

Post a Comment