Pages

Sila Klick

Saturday, December 24, 2011

BREAKFAST DARI DAPUR SAKURA

Salam Sayang Semua...

Ini bukanlah hidangan makan tengahari Cik Sakura sebaliknya hidangan ini adalah menu sarapan pagi Cik Sakura dengan kengkawan pagi ini. Dari malam tadi lagi Cik Sakura sudah memasang angan-angan untuk menikmati hidangan ini namun faktor kesihatan menghalang kami kerana pada waktu malam kita tidak digalakkan makan makan berat seperti nasi dan lauk pauk. Akhirnya kami tidur malam tadi dengan perasaan lapar yang sangat menggunung.

Awal pagi Cik Sakura danpun bangun untuk menyiapkan menu sarapan pagi. Perut Cik Sakura ni dah berkeroncong sejak dari malam tadi. Maklumlah, kan malam tadi kami menahan kelaparan yang amat sangat. Nak tahu apa resepi untuk pagi ini, jom kita jengah ke dapur Sakura...

Menu Pertama ialah Telur dadar dengan Bobola Daging. Resepi ini Cik Sakura perolehi dari blog Dapur Tanpa Sempadan kepunyaan Chef Mat Gebu. Ada beberapa perubahan yang Cik Sakura buat mengikut citarasa dan selera Cik Sakura. Apapun kepada Chef Mat Gebu, terima kasih yang tidak terhingga kerana telah mencetuskan idea mecipta makanan ini. Untuk mendapatkan resepi dan cara menyediakannya sila lihat paparan di bawah.

Ramuannya
3 biji Telur Ayam dipukul
Sebijik Bawang Holand dimayang
1 Tangakai Cili Merah dimayang
1/2 Cekak Daun Kucai dipotong 3/4" panjang
5 biji bebola daging dipotong kecil
1/2 sudu Mayonis
2 Sudu makan Susu Segar
Sedikit Garam
1 sudu makan minyak untuk menggoreng

Cara Menyediakannya
Pukul telur bersama dengan mayonis, susu cair dan garam
Masukkan bawang, daun kucai, bebola daging dan cili merah
Panaskan minyak dalam kuali saiz 4"
Tuangkan adunan telur ke dalam kuali dengan api kecil
tutup kuali dengan tudung periuk seketika
terbalikan telur dadar tadi. Masak jangan sampai hangussss
Kalau takde kuali saiz 4" ikut cara Cik Sakura
Gunakan periuk kecil untuk mendapatkan saiz yang cantikk
Ulangi proses ini hingga adunan telur dadar habis
Senanglah jugak kan?
hidangkan

Resepi ke dua adalah Singgang Ikan Selar Kuning. Haaa... yang ini pulak adalah resepi turun temurun keluarga Cik Sakura. Selalunya orang masak singgang direbus sahaja tetapi bagi keluarga kami masakan singgang ini ditumis terlebih dahulu. Cik Sakura tidak menggunakan asam keping sebab asam keping kat rumah sudah kehabisan untuk menggantikannya Cik Sakura gunakan Asam Jawa Extra, ya alah sedap jugak...

Ramuannya
5 ekor Ikan Selar Kuning dibersihkan kemudian toskan airnya
1 batang serai dipotong 3 bahagian kemudian diketuk
Seulas Bawang Merah ditumbuk
Seulas Bawang putih ditumbuk
3/4 bawang holand dimayang
1/2" halia ditumbuk
1/2" kunyit ditumbuk
7 tangkai cili padi diketuk
Air Asam Jawa

Cara Menyediakannya
Tumis kesuma bahan di atas hingga garing
Masukkan air biarkan mendidih
Masukkan garam dan Asam jawa
Masukkan ikan biakan sekejap sampai isi ikan masak
Angkat dan hidangkan.

Yang ini pulak namanya Sambal Terung dengan Bendi. Masakan ini hasil inspirasi bonda Cik Sakura. Selalunya bonda Cik Sakura masak sambal terung ajer tapi cik Sakura campurkan dengan bendi untuk mencipta kelainan tak sangkalah pulak serasi bersama. ahakkkk3

Ramuannya
Terung dibasuh dan dipotong memanjang
Bendi dibasuh sebelum dipotong untuk mengelakkan belendir
3 ulas Bawang kecil ditumbuk
Seulas Bawang Putih ditumbuk
Ikan bilis jangan terlalu banyak juga ditumbuk
5 tangkai cili padi diketuk
separuh kiub ikan bilis

Cara Penyediakannya
Tumis kesemua bahan yang ditumbuk dengan Cili padi hingga garing
Kemudian masukkan sedikit air, kiub ikan bilis dan garam secukup rasa
Masukkan terung tutup dengan tudung periuk lebih kurang 5 minit
Apabila terung layu masukkan bendi dan biarkan seketika
Angkat dan hidangkan.


Menu ke empat ialah Sambal Tumbuk. Dikalangan orang jawa sambal tumbuk ni sangatlah populer kerana sambal ini selalu di hidang bersama dengan sayur bening. Sambal Tumbuk jugak adakalanya berbeza dari sebuah keluarga dengan keluarga yang lain. Ini Terpulang kepada kehendak dan citarasa si pembuatnya. Tetapi untuk citarasa Cik Sakura adalah seperti berikut:-

Ramuannya
Cili Padi digoreng atau direbus
Bawang Kecil dibakar atau digoreng
Ikan Bilis digoreng
Belacan dibakar

Cara Menyediakannya
Tumbuk kesemua bahan di atas kecuali ikan bili hingga lumat (hancur)
kemudian barulah masukkan ikan bilis dan tubuk lagi hingga lumat
Taraaaaaa... dah siap pun.
eee senangnyerrr

Jejari runcing ini adalah milik Cik Sakura yang sedang menikmati sarapanya paginya tadi, ahak3...Berselera betul bila kita makan dengan perut yang lapar. Kepada kengkawan semua selamat menjamu selere..

babaiiii

No comments:

Post a Comment