Pages

Sila Klick

Saturday, August 6, 2011

SATAH apa tu?

Salam Sayang Semua...

Apabila becerita tentang Makanan, nak-nak pada bula pose ni pastinya semua orang akan teruja maklumlah setelah seharian berpuasa dengan menahan lapar dan dahaga tentunya ada macam-macam keinginan untuk menikmati makanan menjelang waktu berbuka nanti. Hari ini, Cik Sakura nak berkongsi satu resepi dengan kengkawan semua. Makanan ini sangat terkenal di negeri Terengganu. Kalau di negeri Johor makanan ini boleh didapati di daerah Mersing.

SATAH... pernah dengar tak? Satahyang diperbuat daripada isi ikan adalah merupakan makanan yang sangat popular di negeri Terengganu iaitu di daerah Kemaman. Satah juga merupakan salah satu makanan kegemaran Cik Sakura. Gambar yang sempat Cik Sakura potretkan di atas merupakan wajah sebenar Satah Ikan yang di beli oleh sahabat Cik Sakura yang singgah ke Mersing haritu. Sedap sungguh rasa Satah ni, kenyang perut petang tu bila dapat menikmati keenakkan rasa Satah yang sememangnya dah lama Cik Sakura idam-iadamkan.

Pernah jugak Cik Sakura belajar macam mana untuk membuat satah ini. Apa yang Cik Sakura tahu ramuan satah terdiri daripada Isi ikan, kelapa parut, bawang merah, dan lada. Satah yang telah siap diadun dibungkus dengan daun pisang yang berbentuk segitiga kemudian dicucuk pada batang lidi dan kemudian dibakar dengan bara api hingga masak. Jika ada kesempatan nanti Cik Sakura tidak keberatan untuk berkongsi bagaiamana untuk membuat satah lengkap dengan resepi dan teknik pembuatan satah. Sampai di sini dulu kengkawan....

2 comments:

  1. ermmmm..samalah, sy pun suka sangat ngan satah ni. Awak tau ke cara membuat satah ni. Bole lah share...

    ReplyDelete