Pages

Sila Klick

Monday, August 8, 2011

LAKSAM

Laksam sangat populer di daerah Pantai Timur Semenanjung Malaysia terutamanya negeri Terengganu. Kuah Laksam yang diperbuat daripada Isi Ikan yang juga menyerupai Laksa Johor, Laksa Penang, Laksa Kedah dan Laksa Perlis cuma cara penyediaannya dan juga ramuannya adalah berbeza sedikit mengikut negeri masing-masing.


Pelbagai ulam-ulaman juga digunakan bagi menambahkan
kelazatan rasa Laksam ini.


Tepung Beras digunakan untuk membuat laksa yang dicampurkan dengan dengan sedikit tepung gandum. Sukatan Asasnya ialah ( 1cawan tepung beras+1 1/2cawan air+1sudu tepung gandum+sedikit garam).


bancuh jangan sampai bergentel


Kukus dengan tudung periuk sebagai loyang. Sapukan tudung periuk dgn sedikit minyak


apabila masak, lekas-lekaslah menggunlung supaya dia melekat


beginilah bentuk laksa tadi


potong seperti ini


KUAH LAKSAM


bawang merah, bawang putih dan lada itam


Cili jangan lupa tau..lau xnak pun boleh (sy suke pedas)


Tumbuk bawang merah, bawang putih dan lada itam dengan cili sekali


sementara itu rebus, ikan dan asingkan isi dengan tulang


blend sampai hancur


masukkan santan dan garam. Masak sampai mendidih dan hidangkan bersama dengan laksa tadi berserta ulam-ulaman. Maka, siaplah sudah Laksam ini..
Selamat mencuba...
bye...


No comments:

Post a Comment