Petang ni Cik Sakura nak masak Nasi Ayam untuk berbuka puasa sebab dah lama betul tak makan nasi ayam buatan sendiri. (tu dia...gambar yang sempat Cik Sakura snap masa berbuka tadi, cantik tak dekorasinya kengkawan?).
Biasalah persiapan awal harus dilakukan untuk menyediakan bahan-bahannya. Justeru Cik Sakura telah memulakannya seawal jam 1.30 petang. Kebetulan semua bahan ada terdapat dalam peti sejuk, jadi tak perlulah Cik Sakura bersusah payah untuk ke kedai. Petang ni ada beberapa orang tetamu yang Cik Sakura jemput untuk sama-sama berbuka puasa. Sapa lagi kalau bukan Pn Najwa sekeluarga. Dua hari yang lepas Cik Sakura dahpun berbuka puasa di rumahnya dan sekarang giliran dia pulak berbuka puasa di rumah Cik Sakura. Jomlah kita terus ke dapur....
CARA-CARA MENYEDIAKAN AYAM
Kukus lebih kurang 15minit. Jangan dibuang air kukusan kerana kita perlukan air tersebut bagi tujuan memasak nasi nanti. Apabila telah masak keluarkan ayam dari kukusan dan merinate sekali lagi dengan sos tiram dan sedikit sos cili selama lebih kurang 1/2jam, kemudian goreng dengan minyak sedikit hingga warna keperang-perangan.
SUP
Antara bahan-bahannya ialah bawang putih, bawang merah, halia dan ladi hitam hendaklah ditumbuk. kemudian ditumis sampai garing. Potong sayuran seperti batang saderi, kenang dan karot sederhana kecil...
Apabila bahan tumis telah garing masukkan air rebusan ayam biarkan mendidih kemudian masukkan sayuran (kentang dan karot) ke dalam sup, masak sampai empuk. Last sekali masukkan batang saderi...
CARA-CARA MENYEDIAKAN NASI
Tumiskan bawang merah, bawang putih, kayu manis bunga cengkih bunga lawang dan buah pelaga sampai naik bawa dan kekuningan, pastu...
lihat dalam gambar di atas, antara tangan-tangan tetamu yang hadir di rumah Cik Sakura tadi. Atas sebab-sebat tertentu mereka semua tidak membenarkan wajah mereka terpapang dalam blog Cik Sakura sbb itulah hanya tangan mereka saja yang dapat Cik Sakura snapkan petang tadi. Rasa seronok plak dah tiga hari berbuka beramai-ramai. Walaupun masing-masing berjauhan dengan keluarga namun sesekali majlis berbuka begini dapat menggembirakan hati masing-masing selain dapat merapatkan hubungan silaturrahmi.
Sekian jer dulu kengkawan untuk hari ini. Selamat berbuka puasa dan selamat mengerjakan ibadah sembahyang terawih. Semoga ibadah kita pada hari ini diterima oleh Allah swt.
Amin ya rabbal alamin...
Sekian jer dulu kengkawan untuk hari ini. Selamat berbuka puasa dan selamat mengerjakan ibadah sembahyang terawih. Semoga ibadah kita pada hari ini diterima oleh Allah swt.
Amin ya rabbal alamin...
No comments:
Post a Comment