Pages

Sila Klick

Sunday, August 14, 2011

NASI BARYANI SAKURA

Hari ini ada majlis IFTAR kat rumah Cik Sakura. Tetamu takdelah ramai sangat, cuma kengkawan si Fadhilah aje yang datang. Menu Majlis IFTAR hari ini ialah NASI BERYANI SAKURA ciptaan Cik Sakura. Ini adalah percubaan pertama setelah sekian lama cik Sakura tak pernah mencuba untuk memasak NASI BARYANI ni. Rasanya last sekali masak pada tahun 1994 iaitu masa zaman sekolah-sekolah kat SMV AZIZAH dulu.

Pagi-pagi lagi Cik Sakura dah bangun untuk menyiapkan Nasi Baryani ni, maklumlah dah lama tak memasak menu ni takut kalau-kalau tak jadi nanti Cik Sakura jugak yang malu sape nak jawab? Semua bahan ada kat dapur cuma ada sedikit bahan yang masih belum dibeli mujurlah Fadhilah nak keluar boleh kirim kat dia.

Alhamdulilah, menjelang pukul 3.oo petang Cik Sakura Selamat menyiapkan NASI BARYANI ni. Kengkawanpun ada jugak menolong. tu sebab apa yang penting, KERJASAMA. Mari kita ikuti kisah bagaimana Cik Sakura menyiapkan menu ni...



Gunakan Basmati SAKURA (bukan Sakura Berbunga lagi) warna Kuning Coklat. Rempah untuk tumis macam dalam gambar di atas



Cairkan mentega kemudian tumis bahan di atas tadi hingga wangi



Masukkan rempah yang ditumis tadi ke dalam beras



Tibalah giliran memasukkan daging beryani ke dalam beras sebelum di tanak



Masukkan daun pudina, daun sup dan daun ketumbar...


Camnilah Nasik Baryani Cik Sakura


hidangkan nasik dengan dedaunan...


DAGING BARYANI

Tumiskan bawang merah dan bawang putih yang telah ditumbuh terlebih dahulu



Masukkan pes beryani dan tumis sampai garing



Masukkan daging susu cair kemudan masak hingga naik minyak..



Tu dia... Daging Baryani Cik Sakura. Gunakan daging ini untuk memasak Nasik Beryani



AYAM MASAK MERAH


Ni rempah ratus kesukaan Cik Sakura, perasan tak kengkawan?



Tumiskan kesemuanya hingga naik bau wangi...



Masukkan Cili yang telah ditumis bersama bawang merah, bawang putih, halia dan serai


pastu, masukkan ayam yang telah digoreng terlebih dahulu kemudian kacau rata...



Masukkan 1 sudu makan sos tomato dan 1 sudu makan sos cili kemudian masukkan juga sedikit susu cair (menggantikan santan). Sesuaikan rasa masam dan masinnya. Akhir sekali, masukkan kerisik dan biarkan kuah menjadi sedikit kering seperti gambar di atas....



Inilah dia rupa paras Ayam Masak Merah Cik Sakura. Bolela taburkan dedaun sebagai hiasan, dah ready untuk dimakan....


ACAR TIMUN


Antara bahan-bahan membuat Acar iaitu Timun, Karot, Bawang, Cili Merah


Mayang kesemua bahan di atas..



Gaulkan kesemua bahan tadi dengan menambahkan gula dan cuka, maka siaplah sedah Acar Timun kita dan bolehla dihidang bersama dengan Nasi dan Ayam tadi seperti gambar di bawah



No comments:

Post a Comment