Pages

Sila Klick

Monday, January 2, 2012

ALMOND @ BUAH BADAM

Salam Sayang Semua...

Hari ini Cik Sakura nak berkongsi sedikit info tentang Almond atau Buah Badam. Kebetulan Masa cuti sekolah hari tu, kawan Cik Sakura ada yang berkunjung ke Negara China. Sempat jugak dia belikan kitaorang buah tangan dari Negara Hang Li Po ni.

oooooo...macam ni rupanya buah badam. Seperti yang kita nampak dalam gambar di atas, buah badam mempunyai kulit yang tebal di sebelah luar. Kulit tebal itu membaluti sabut yang berada di dalamnya. Sabut pula membaluti tempurungnya. Didalam tempurunglah duduknya isi buah badam tersebut. Ia seolah-olah seperti buah kelapa cuma bezanya buah kelapa besar dan buah badam adalah kecil...

Kalau selama ni kita cuma tahu makan buah badam tapi hari ini Cik Sakura dapat melihat dengan mata kasar bagaimanakah buah badam itu.. Sangat beruntung dapat melihat dengan mata sendiri bagaimana rupa buah badam ini. Kepada Cikgu Tan Lee Lee, terima kasih banyak-banyak atas kiriman buah tangan ini...


Inilah dia Pokok Buah Badam...Gambar ihsan google

Menurut Wikipidia, dalam istilah botanikal, badam bukan kacang. Dalam parlans botanikal, kulit berbatu keras yang menyelirat dipanggil endocarp, dan buah ini, atau exocarp, ialah pepauh, mempunyai lapisan luar yang gebu. Pokok ini adalah asli dari Asia barat daya. Bentuk yang dijinakkan boleh memasakkan buah sejauh kepulauan British. Ia adalah pokok kecil, bertumbuh hingga 4–9 m tinggi. Daunnya adalah meruncing, 6–12 cm panjang, dan tidak rata pada sisi. Bunganya putih atau pink pucat, 3–5 cm diameter dengan lima kelopak, dihasilkan sebelum daun ini pada musim bunga. Di Malaysia, jarang pulak dengar orang tanam pokok badam ni.

Badam penting untuk kesihatan kerana khasiatnya yang pelbagai, ia boleh dimakan mentah, dikukus seperti kekacang atau dijadikan bahan campuran makanan seperti kuih dan sebagainya. Badam mengandungi 20 kali lebih banyak protein jika dibandingkan dengan bijirin lain. Kandungan lemak dan karbohidratnya tinggi, oleh itu ia mengandungi gula yang tinggi berbanding dengan buah-buahan yang lain. Kandungan vitamin B dalam badam mengatasi kandungan vitamin itu dalm telur, begitu juga niasin yang dimilikinya melebihi gandum. Kandungan kalsium juga mengatasi kandungan elemen itu dalam susu dan kandungan fosforusnya melebihi kandungan fosforus dalam keju. Kanak-kanak amat sesuai memakan badam kerana khasiatnya dapat membantu pembesaran mereka, selain membina tulang dan gigi. Sementara kepada orang dewasa pula ia dapat membantu menyihatkan jantung mereka. Mudah-mudahan info ini dapat membantu kita dalam menambah pengetahuan tentang ilmu kesihatan...

babai semua...

No comments:

Post a Comment