Pages

Sila Klick

Thursday, January 5, 2012

SUP KUEW TIOW

Salam Sayang Semua....

Hergghhhh.. kekenyangan, Cik Sakura baru jer selesai bersantap. Tajuk hidangan hari ini ialah SUP KUEW TEOW dengan BEBOLA DAGING ye adik-adik. Penat seharian bekerja bila balik rumah jer confirm perut mesti lapa punya. Letak beg segala terus jer ke dapur Sakura....

Menu minggu ini masih lagi mengekalkan masakan berasaskan mee. Maklumlah, Kuew Teow kat dapur masih ada lagi. Belek punya belek punya belek dapatlah resepi ringkas dan senang ni. Yang penting segala ramuan telah siap di dapur. Tak payah susah-susah nak ke kedai Ane beli barang...

Nengok dulu lah resepi ni, mana lah tahu kot-kot berkenan. Bukan susah mana pun. Campak-campak jer... tapi jangan lupa baca bismilah. Restu allah penting beb...


Ramuannya dulu
Kuew Teow (agak-agak semangkuk kecik)
3 ulas bawang putih diketuk jer
5 tangkai cili padi juga diketuk
1 1/2 cawan ari rebusan Daging
1 sudu makan sos tiram
5 biji bebola daging
brokoli, bunga kobis dan sawi(ikut suka nak banyak mana)
kalau nak tambah udang atau telur pun boleh




Cara Menyediakannya
Tumis bawang putih dan cili padi, kalau nak masukkan udang bole tumis skali. Masukkan air rebusan daging dan bebola daging kemudian biarkan mendidih kejap. Masukkan Sos tiram, dan sedikit garam. Kalau nak masukkan telur, masa ni dah boleh pecahkan telur kemudian biarkan telur masak dulu. Masukkan sayuran seperti brokoli, bunga kobis dan last skali sayur sawi. Tuangkan kuah kat kuew teow yang telah dicelur sekejap. Bole hidangkan...

selamat mencuba

babaiii...

No comments:

Post a Comment