Pages

Sila Klick

Thursday, January 26, 2012

LADA SOLOK

Salam Sayang Semua...

Taraaaaaa.... "dapur Cik Sakura sudah kembali berasap". Kat dalam kepala ni ada banyak menu yang ingin Cik Sakura kogsikan dengan kengkawan semua. Salah satu daripadanya ialah LADA SOLOK masakan populer di negeri Cik Siti Wan Kembang...

LADA SOLOK biasanya dihidang bersama-sama dengan NASI KERABU sebagai penambah pakej hidangan. Ia juga merupakan sejenis makanan yang diperbuat daripada campuran isi ikan, kelapa parut, bawang merah, bawang putih dan lada hitam yang disumbat ke dalam lada hijau kemudian dikukus bersama santan pekat.

Alhamdulilah, hari ini Cik Sakura berkesempatan menyediakan menu ini untuk dikongsi bersama-sama dan mudah-mudahan ianya mampu menambahkan ilmu masakan kita. Apa lagi, jomlah kita terus ke dapur Sakura...


di antara RAMUANNYA ialah
3 ekor ikan kembung dibersihkan dan diasing tulangnya
1/2 cawan kelapa muda diparut
1/2 cawan santan pekat
7 tangkai cili hijau
2 ulas bawang merah*
Seulas bawang putih*
1/4" halia*
1camt lada hitam*
sedikit gula
garam secukup rasa


CARA MENYEDIAKANNYA
belah cili ditengah-tengahnya kemudian buangkian bijinya
rendam cili di dalam air cuka lebih kurang 15 minit, ketepikan
Bersihkan ikan kemudian asingkan tulangnya, ketepikan
Tumbuk lumat ramuan yang bertanda *
kemudian masukkan isi ikan tadi dan tumbuk lagi hingga hancur
campurkan isi ikan tadi dengan kelapa parut dan gaul sebati
masukkan gula mengikut citarasa manis anda
garam secukup rasa

toskan cili hijau tadi hingga kering
kepal isi ikan tadi hingga menjadi bujur
sumbatkan adunan isi ikan ke dalam cili hijau
ulang proses ini sehingga selesai
susunkan di dalam loyang
curahkan dengan santan pekat
kukus selama 15 minit
boleh di hidang

inilah hasilnya



Selamat mencuba...

babai...

No comments:

Post a Comment