Pages

Sila Klick

Wednesday, January 11, 2012

CARA BERLAUK

Salam Sayang semua...

Tadi masa waktu lunch hour sempat Cik Sakura ke The Store Pandan cuci-cuci mata. Banyak betul barangan offer bersempena Chinese New Year yang tak lama lagi akan disambut oleh segelintir masyarakat berbangsa Tiong Hwa kat Malaysia ni. Cik Sakura mengambil peluang mencari keperluan barang dapur. Dalam pada window-window tu ternampaklah pulak Ramly Daging Kisar. Terdetik dalam hati "sedapnya kalau dapat makan KUIH CARA BERLAUK, lama betul Cik Sakura tak menikmati kuih tradisional ni.

Mulalah dah terbayang-bayang akan keenakkan KUIH CARA ni. Apa lagi, Cik Sakura pun belilah barang keperluan untuk membuat kuih ini. Dia antara ramuanya ialah:-

Untuk Better
1 1/2 cawan tepung gandum
2 sudu makan minyak masak
2 cawan air
1 camt garam
sedikit pewarna kuning

Cara Menyediakannya
Campurkan kesemua ramuan di atas kemudian kacau rata dan pastikan better tidak bergentel. Sesuaikan rasa masinnya, ketepikan dulu...

UNTUK INTInya
200g daging kisar
1 sudu rempah kari dijadikan pes
2 ulas bawang merah ditumbuk
1 ulas bawang putih ditumbuk
1 sudu makan cili giling ditumbuk
1/4" halia ditumbuk
1 tangkai cili merah dimayang
minyak masak
Garam secukupnya

CARA MENYEDIAKANNYA
Tumis kesemua bahan tumbuk hingga garing. Masukkan pes kari dan tumis lagi hingga garing. Masukkan daging kisar masak hingga kering. Taburkan dengan hirisan cili merah.

Panaskan minyak loyang pembakar. Sapu rata acuan loyang pembakar dengan minyak masak. Tuang better kedalam acuan loyang tersebut dan masukkan juga inti daging tadi ke dalamnya. Tutup acuan loyang pembakar dengan tudung periuk. Bakar dengan api perlahan hingga masak. Angkat dan hidangkan...








Sekian dulu bingkisan kali ini...

babai semua...

2 comments: