Pages

Sila Klick

Sunday, January 29, 2012

MEE REBUS

Salam Sayang Semua... Salam kerinduan dari Cik Sakura yang masih lagi dilanda demam selsema, tetapi kondisi tubuh hari ini sudah semakin pulih. Seperti semalm, rutin harian masih juga dilaksanakan biarpun badan masih terasa kurang sihat. Aktiviti memasak Cik Sakura hari ini berjalan dengan lancar dan sempurna. Hari ini Cik Sakura menyediakan MEE REBUS untuk makan tengahari, boringla kengkawan makan nasik hari-hari tambah-tambah pulak haritu nengok blog DTS terliuqla nak makan MEE REBUS. Tapi untuk entry kali ini resepi adalah inspirasi Cik Sakura sendiri, sedap ke tak sedap nanti kita tanya tetamu yang hadir.

Minggu lepas sewaktu menghadiri majlis perkahwinan Liza, Cik Sakura ada dibekalkan dengan beberapa bijik TELUR PINDANG. Sayang kalau dibiarkan lama-lama takut nanti rosak pulak. Daripada rosak dan terbuang lebih baik dimanfaat sebagai sumber makanan. Ingatkan nak buat NASI LEMAK tapi pagi tadi bangun lewatla pulak tu yang bertukar jadi MEE REBUS.

Untuk kali ini juga Cik Sakura ada menambahkan bebola daging sebagai rencah tambahan bagi mencipta kelainan. Bila dah dimasak sekali ok jugak rasanya dan yang paling penting meriahhhhh nokkk. Ilmu masak memasak ni kene kreatif barulah sesuatu yang dihasilkan tu taklah nampak janggal.

yuklah, kita terus ke dapur sakura menjenguk resepi dan tips-tips menyediakan MEE REBUS ala-ala Sakura. Mudah-mudahan ilmu yang akan dikogsi dapat dimanfaatkan bersama.



ini dia rempah yang Cik Sakura gunakan dalam menghasilkan MEE REBUS hari ini. Produk keluaran AGROMAS ni dibeli di PASAR MINI MAIMON dengan harga RM5.oo henggit sahaja. Walaubangaimanapun, rempah ini tidak dapat berdiri dengan sendirinya bagi menghasilkan MEE REBUS yang betul-betul enak justeru Cik Sakura telah melakukan sedikit penambah baikkan dengan mencampurkan REMPAH RAHSIA bagi menambahkan rasa KICK pada MEE REBUS ni. Ini bukan "masuk bakul angkat sendiri ea.." tapi ini ialah tips untuk menambah keenakan rasa MEE REBUS kita. Pasal REMPAH RAHSIA tu nanti Cik Sakura citerkan kat bawah dan kalau nak tahu kene baca entry ni sampai habis...ahak2

RESEPI TIME...
UNTUK KUAH MEE REBUS
1 peket rempah mee rebus Agromas
500g daging lembu direbus dengan 1" halia
2 biji keledek direbus bersama daging
3/4 cawan kacang tanah digoreng dan dikisar kering
300g bebola daging
sebijik bawang besar*
5 bijik bawang putih*
7-9 tangkai cili besar*
segenggam cili padi (boleh dikurangkan)*
11 ekor udang basah*
2 camb udang kering*
Garam dan gula secukup rasa

Cara Menyediakannya
Rebus daging dengan keledek hingga empuk
Asingkan keledek dan dikisar halus, ketepikan dulu

tumis ramuan yang bertanda * hingga garing
masukkan daging dan air rebusanya sekali
masukkan juga rempah pes mee rebus Agromas, biarkan mendidih sekejap kemudian masukkan keledek yang telah dikisar tadi bersama dengan bebola daging. sesuaikan rasa masin dan manisnya
akhir sekali masukkan kacang tanah kisar
biarkan mendidih kecap, pastu angkat
boleh lah dihidang

hidang bersama...
sebungkus mee kuning dicelur
taugeh juga dicelur
4 keping tauhu digoreng
hirisan lada hijau
limau kasturi
telur pindang atau telur rebus
bawang goreng dan daun sup sebagai hiasan


Untuk tips
Kuah mee rebus seharusnya berperisa manis dan sedikit pedas. Untuk mendapatkan rasa manis yang betul-betul ngam dengan kepedasannya kita harus berani dan pandai mengimbangkan rasa manis dan pedasnya kalau tidak, kuah mee rebus anda pasti kurang menyengat. Untuk kuantiti seperiuk besar seperti resepi di atas, Cik Sakura gunakan lebih kurang 6 sudu makan gula walau bagaimanapun rasa manisnya bergantung kepada citarasa masing-masing
...

diantara tetamu yang hadir...



selamat mencuba kengkawan...

babaiii..

3 comments: