Pages

Sila Klick

Monday, January 2, 2012

BUAH MARKISA


Salam Sayang semua...

Tengahari ahad yang sangat mendamaikan. Cuaca yang sangat sejuk macam duduk kat negara omputih. Cheeeewahhh...macam pernah duduk negara omputih jer. tetiba terdengar suara-suara sumbang "ehemmm Cik Sakura belum mandi" cis bedebah, sungguh berani orang itu...

aahler...memang sejuk pun hari ni, rasa takut nak mandi. Entah kenapa hari ini sejuk lah pulak padahal pagi tadi mentari menyinar tup-tup hujan. Jap ahhh.. nak tayang yang ni dulu, pas ni baru mandi...

Tadi, masa joging sempat Cik Sakura melilau-lilau mencuri pandang pada tumbuhan sekitar Taman tempat Cik Sakura duduk. Walaupun kawasan ini terletak di tengah-tengah bandar namun flora dan faunanya sangat cantik sampai boleh memukau mata yang memandang. Dan di antaranya ialah tumbuhan ini:-

terbeliak bijik mata tuan rumah masa Cik Sakura snap gambar buah markisar ni...

Ini ialah pokok buah Markisar atau juga dikenali dengan nama Buah Susu. Pohonya tumbuh menjalar dan mempunyai buah seakan-akan buah tomata. Ketika masih muda buah ini berwarna hijau tapi bila ia sudah masak buah ini akan bertukar warana menjadi warna merah, kuning atau ungu. Rasa buah ini masam dan manis. Buah ini biasanya dijadikan jus minuman dan juga enak di makan begitu saja.

Dari segi khasiat tidak diketahui begitu banyak. Walaubagaimanapun, Penggunaan buah markisa ini bermula apabila orang Sepanyol meneroka Amerika Selatan. Mereka telah menjumpai serta mengetahui bahawa buah markisa telah digunakan dalam perubatan tradisional sebagai sedatif. Apabila orang Sepanyol membawa buah markisa ini ke Eropah, daunnya pula telah digunakan sebagai ubat memudahkan tidur. Info ini Cik Sakura perolehi dari blog Laman Seri. Mudah-mudahan info ini boleh membantu kita dalam kehidupan seharian.


buah Markisar yang dibawa khas dari Muar, Johor oleh Cik Ch'ng

Inilah dia insan yang menitipkan buah Markisa tu... tenkiu Cik Ch'ng

ok, dah dulu eak... masa untuk beredar

sampai jumpa nanti dengan buah tangan Cik Sakura yang lain.

babai...

2 comments:

  1. Buah Markisar tu rumah saya kena balut,kalau tidak kena suntik dek lalat buah..gugur macam tu jer

    ReplyDelete
  2. la yeke...xtau pulak. bagus jgk dapt tips penjagaan buah markisa. anyway, tenkiu bro!

    ReplyDelete